Sejarah ringkas Wikipedia:Kumpulan_Komuniti_Pengguna_Wikimedia_Malaysia

Organisasi ini diasaskan pada 22 Mei 2016 di Nusajaya, Johor iaitu pertemuan pertama. Pada 10 September 2017, kumpulan ini diiktiraf sebagai kumpulan pengguna di bawah nama Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia oleh Yayasan Wikimedia. Pada 12 Februari 2020, ia secara rasmi didaftarkan dan disenaraikan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah nama Persatuan Pengguna Kebajikan Komuniti Wiki Malaysia.